Jom Kenal Hani Nosha

16 November 2021

Kongsi berita ini

Lazimnya seorang penyanyi sinonim dengan suara lantang dan bernada tinggi bak Ernie Zakrie dan Siti Nurhaliza, namun tidak bagi penyanyi baru yang baru bersinar dari rancangan terbitan Media Prima Bhd, I Can See Your Voice Malaysia musim Ketiga ini.

Hani Suraya atau nama pentasnya Hani Nosha ini seringkali diberi disamakan dengan Ella Aminuddin kerana suaranya yang serak serak basah dah unik ini amat sinonim dengan lagu balada ber-genre-kan rock.

Sebelum ini pernah digandingkan dengan Araa Zahaz dan Aynie Syuhada bagi lagu raya pada tahun 2021, kini Hani tampil dengan single solo pertamanya yang bertajuk “Pedih. Jom kita kenal sedikit dengan Hani:

 

F: Perkenalkan diri dan latar belakang Hani

H: Nama saya Hani Suraya, nama panggilan Hani Nosha dan saya berasal dari Kuala Lumpur dan dilahirkan pada 7hb Disember 1999

F: Sejak bila Hani mula menyanyi?

H: Saya minat menyanyi sejak kecil lagi, sejak saya berusia 15 tahun. Dan minat tu makin berkembang sehingga saya masuk program realiti I Can See Your Voice Season 3, dengan artis Andi Bernadee

F: Apa kegiatan lain yang Hani terlibat dalam muzik?

H: Kalau sekarang ni aktiviti muzik Hani selalu pergi busking dan event dekat Lembah Klang dan Selangor.

F: Dekat mana kami nak dengar Hani Live Busking?

H: Kalau nak dengar Hani live busking, anda boleh tengok Hani di Cyberjaya, Avenue K, mana mana sekitar. Kalau ada disana tu jangan lupa tegur tahu, Hani tak sombong.

F: Siapa idola Hani dalam industri muzik?

H: Okay kalau tanya Hani dia agak pelik sikit sebab idola Hani kebanyakkannya lelaki sebab Hani suka Amir Masdi dan Hazama.

F: Harapan Hani dalam penerimaan lagu dan diri Hani sebagai pendatang baru dalam industri.

H: Harapan Hani untuk lagu ni, yang orang diluar sana, semua lapisan masyarakat, Hani yakin semua akan suka lagu ni. Dan ianya dekat dengan hati mereka yang terluka. Untuk kerjaya Hani, Hani harap ini bukan pengakhiran dan Hani harap ini adalah titik permulaan Hani untuk terus maju, maju dan maju lagi dalam industri muzik.

Tonton video penuh Q&A bersama Hani Nosha dibawah.

Kami di pihak Fusion Records MY mendoakan juga semoga Hani akan terus maju dan semakin dikenali ramai dari bakat dan suaranya yang lunak.

Dengarkan single terbaru Hani Nosha disini:

Teruskan berhubung

Langgan berita kami supaya anda tidak terlepas dan setiasa up-to-date dengan perkembangan semasa dari kami.