Tidak sangka Sirkhan pilih lagu mereka, Razzi Rahman muncul dengan single "Utusan Cinta"
22 Januari 2022
Pasti ramai yang tidak mengetahui nama Razzi Rahman yang merupakan penyanyi lama yang berbakat besar ini, sebenarnya sudah lama bertapak dalam industri muzik Malaysia.
Kini, beliau tampil dengan single terbarunya yang bertajuk “Utusan Cinta”, hasil nukilan dua wanita berbakat besar Dalin LienDa dan Ili Akmal
Razzi Rahman sudah berkecimpung dalam bidang nyanyian sejak tahun 90an lagi, sudah berkerja bersama penerbit dan komposer terkenal seperti M. Nasir, Zul Mahat, Saari Amri dan ramai lagi.
Malah lagu dendangan beliau yang bertajuk “Syakila” pernah memasuki Anugerah Juara Lagu 1992.
Kini berkerjasama dengan Dalin LienDa bagi menghasilkan “Utusan Cinta”, lagu ini merupakan johan bagi pertandingan Cipta Lagu anjuran Longan Garage Studio pada 2021. Lagu tersebut telah menambat hati Sirkhan Danial yang merupakan salah seorang juri baru program tersebut.
Lagu yang berkonsepkan ‘slow rock’ ini sebenarnya membawakan cerita “cinta pada Tuhan” yang mungkin ramai tidak mengetahui maksud tersirat lagu ini dengan sekali imbas selepas mendengarnya.
Menulis lagu sewaktu PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) yang didakan dengan tempoh yang sangat lama ketika itu, tidak mematahkan semangat tiga pengkarya berbakat besar ini untuk terus menyiapkan lagu mereka agar dapat dikongsikan bersama dengan peminat.
Diharapkan lagu ini bakal mendapat tempat dihati peminat, khususnya pada peminat lagu lagu balada.
Tonton lirik video “Utusan Cinta” oleh Razzi Rahman dibawah, dan juga boleh distrim di semua platform digital kegemaran anda.
Teruskan berhubung
Langgan berita kami supaya anda tidak terlepas dan setiasa up-to-date dengan perkembangan semasa dari kami.
Berita Lain
Keluaran Baru
No posts found!