Naik Pelamin Dengan Jubah Konvo?

20 Oktober 2021

Kongsi berita ini

Lazimnya kita dengar pengantin naik pelamin dengan baju sewaan pengantin yang berharga ratusan malah ribuan ringgit. Tapi lain pulak dengan Mina Amira kali ni.

Mina baru sahaja melangsungkan perkahwinannya bersama dengan pasangan tercinta, Farid Danial pada 2hb Oktober lepas. Perkahwinan tersebut dirancang berdekatan dengan tarikh pelepasan single terbarunya “Bila Mencintaimu” yang dilancarkan pada 24 September lepas

Akibat penyewa pelamin masih belum datang membuka pelamin dirumah, maka Mina dan Farid pun mengambil kesempatan untuk bergambar diatas pelamin bersama jubah konvo mereka (bagi hint yang mereka bercinta sejak zaman asasi), lagi lagi tak lama nanti nak konvo juga sama sama.

Ciapan video di Twitter beliau meraih perhatian ramai pengguna Twitter lain yang agak cemburu bila nak mempunyai pasangan dan melangsungkan hubungan perkahwinan masing masing. Mana taknya, Mina siap dapat kiss lagi dipipi.

Apa pun kami di Fusion Records MY mengucapkan selamat pengantin baru untuk Mina dan Farid. Moga berkekalan hingga ke akhir hayat.

Dengarkan single terbaru Mina disini:

Teruskan berhubung

Langgan berita kami supaya anda tidak terlepas dan setiasa up-to-date dengan perkembangan semasa dari kami.